Wednesday, December 23, 2015

Tuhan Menjawab Doa

Saya dan isteri pergi melawat abangnya yang kena admitted di Hospital Queen 1. Kami hanya ada masa 30 minit sebelum tempoh melawat berakhir dan kami pun baru saja tiba di kawasan parking kereta. Kalau kami tidak mendapat tempat parking dengan segera, kami pasti tidak sempat melaksanakan lawatan itu.

Kami pun berdoa meminta Tuhan satu parking yang sesuai dan betul. Hanya beberapa saat selepas kami berdoa, kami melihat ada satu famili yang sedang berdiri di luar keretanya seoalah-seolah menanti kedatangan kami, pemilik kenderaan itu juga melambaikan tangan untuk kami supaya datang menggantikan tempat parkingnya. Kami tidak kenal orang itu tetapi dia sangat mesra dan sekali lagi melambaikan tangannya sejurus keluar dari kotak parking keretanya. Saya rasa ini bukan kebetulan.

Kami berdoa agar saudara itu diberkati dan dilindungi Tuhan di sepanjang perjalanannya kembali ke rumahnya. Setelah berdoa, kami pun terus ke tingkat 4 dan mencari abang isteri saya. Syukur kepada Tuhan, kami menemui wad dan katil tempat dia berbaring. Dia masih tidur ketika kami sampai. Memandangkan waktu melawat makin singkat, anaknya membangunkan dia agar dapat melihat kami di samping memakan ubat yag dia perlu makn pada saat itu.

Wajahnya agak suram ketika dia bangun. Setelah kami bertukar-tukar kata, kami pun berdoa untuk dia. Wajahnya terus berubah dan memberikan senyuman yang memberikan tanda bahawa keadaan kesihatannya makin baik.

Semasa di wad sempat berkenalan dengan seorang kawan lama yang berasal dari kampung Taginambur Kota Belud. Dia menemani anggota keluarganya yang sakit. Di sebelah katil abang isteri saya, juga berasal dari Kota Belud. Terasa seperti ada keperluan untuk mendoakan mereka tetapi masa tidak mengizinkan. Kami harus tinggalkan tempat itu dan kembali ke tempat parking kereta. Dari Queen 1, kami pun terus ke lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menjemput anak kami yang baru pulang dari UNIMAS kerana bercuti beberapa hari di Kota Kinabalu.

Satu hal yang saya pelajari dari peristiwa ini ialah, Tuhan masih menjawa doa kita sampai hari ini. Amin.  (22.12.2015)