Saturday, January 14, 2012

Tuesday, January 3, 2012



Orang lama macam saya..kadang2 terhibur juga dgn lagu-lagu tradisi seperti Lagu Bengawan Solo

Friday, December 30, 2011

Berada Di Prayer Summit Kokol

Kunjungan pertama di Prayer Summit yg terletak d bukit Kokol. Persekitaran indah dn mengkagumkan. Tiupan angin sgt segar dan sejuk membuat kita terasa macam berada di genting.  Gereja Anglikan Sabah baru membina bangunan khas tuk digunakn tuk aktiviti kerohanian.
Kmi sendiri berada di sini tuk acara Doa dn Puasa yg bermula pada 28-30 Disember 2011, program tahunan keluarga besar staff Campus Crusade for Christ sebagai bagian dpd persiapan pelayanan tahun 2012. Diantara mesej yg di kongsikan ialah "Berbahagialah orang yang tidak melihat namun percaya."

Saturday, November 19, 2011

Melangkah ke Tahun 2012

Tanpa di sedari 2011 makin kelihatan tanda-tanda untuk mengakhiri episodnya. 


Home Church saya SIB Bandaraya KK...akan mengadakan Strategic Planningnya hari ini. Huh! Harap dapat menemukan agenda Tuhan untuk SIBBKK bagi operasi 2012.


Salam 


SG

Tuesday, November 1, 2011

5 Ways to Shorten Your Sermon


Email


When you’re preaching, the clock is ticking. In one setting, you may have 20 minutes; in another, you may have 45. The reality is, though, that messages expand to fill the time available fairly easily. So it is important to think carefully about what to include. Perhaps more importantly, what to exclude. Where can time be trimmed?

Introduction – Sometimes, a message needs a longer introduction than hard and fast rules allow. The problem doesn’t come from a long introduction, though, but from an introduction that feels long. If you need to go long, give a sense of relevance and a hint of Bible so that the fussy won’t get worked up (sometimes, just reading the first verse of a passage switches off the introduction monitors in the congregation!). However, often the introduction can be trimmed to avoid making the message play catch up.

Illustration – The problem with good illustrations is that you know them well, and listeners will resonate. When they do, you sense it, and before you know it, the illustration has grown. Beware of expanding illustrations.

Historical and Literary Context – Some preachers never include either, and their preaching suffers significantly. However, choose to include what is pertinent and helpful. Don’t give an extended background to the entire Roman occupation when you need to press on with the message. Enough to make sense of the passage is usually enough.

Conclusion – The end of a message can often be far punchier if it is tightened up. See if time can be saved by nailing a specific conclusion, rather than waffling to halt.

Post Sermon – It is easy to add five minutes to the end of a meeting by having a full song and a longer prayer than necessary. Why not let the sermon soak and leave people pensive rather than switching off with a closing volley of church ammo?

If you rein in the message at every place possible, you’ll probably finish on time. If, by some miracle, you finish five minutes early, absolutely nobody will mind at all! All of this, of course, has to be balanced with achieving your aims. The goal of preaching is not the early finish; it's the transformed life.

Thursday, October 27, 2011

Sepi Tidak Bererti Dilupakan

...aku sibuk akhir2 ini..tugasan kuliahku menuntut dekapan waktu yang sangat intensif.
..ketika aku sedar..hampir satu bulan aku tidak mengusik blogku..
..tidak ada niat unutk berhenti..jauh dari dalam hati ku untuk memisahkan diriku pada coretan-coretan  
                                  membina iman..
..yang pasti jari-jari ini tetap setia berkhidmat pada keyboard demi menghasilkan catatan inspirasi....


--pagi ini di wall Fbku aku menulis..


‎(Mazmur 108) ay 1,13 "Aku percaya teguh, ya Allah, aku mau menyanyi dan memuji 

Engkau. Hai bangunlah, jiwaku!. Bersama Allah, kita akan gagah perkasa; Dialah yang 

mengalahkan musuh kita."



Keteguhan kepercayaan diperlukan untuk setia sampai akhir. Pemazmur sedar satu perkara. 

Jika umat Tuhan lemah, dia pasti mudah dijatuhkan oleh musuh ketika berhadapan dengan 

peperangan rohani. Itulah sebabnya setiap pagi, dia membangunkan jiwanya. Bersama 

dengan Allah, umat Tuhan menjadi gagah perkasa.



Frens, kekuatan kita jika bergantung pd apa yang kita milki tentu tidak seberapa. Firman 

Tuhan menyedarkan kita bahawa Iblis sentiasa mengaum-aum mencari mangsa yg dapat 

ditelannya. Bgm keteguhan iman & hati kita pagi ini? Bernyanyi & bersyukurlah tanda kita 

beriman kpd Tuhan. Have great day Thursday. 



Jdilah orang yg paling bersemangat di tempat kerjamu, di sekolahmu or di mana saja kita 

berada hari ini. God bless u all.

Friday, September 9, 2011

Kesaksian Genelle Guzman - Malaikat Di Tengah Runtuhan

Dialah orang yang paling akhir diselamatkan dari runtuhan di World Trade Centre selepas terbenam di bawah runtuhannya selama 27 jam. Bacalah kesaksian 
oleh Genelle Guzman-McMillan...



Genelle Guzman-McMillan
Pada hari ini aku masih bekerja untuk The Port Authority seperti ketika itu semasa aku melapor masuk kerja di World Trade Centre pada 8.05 pagi Selasa 10 tahun yang lalu. Tetapi kini pada 11 September, aku cuba mengambil cuti daripada kerja. Aku mahu berada di tempat yang sunyi dan tenang untuk berdoa. Hari itu ialah hari yang aku ratapi dan juga rayakan.

Runtuhan di World Trade Centre selepas serangan penggana
Apakah yang akan berlaku jika aku meninggalkan tingkat ke-64 Menara Utara dengan lebih awal dan terselamat tanpa apa-apa kecederaan.  Apakah yang mungkin terjadi jikalau aku tidak terbenam di bawah runtuhan, apabila lantai di bawah kakiku runtuh di tingkat ke-13 sambil aku bergegas untuk meninggalkan bangunan itu? Apakah yang akan berlaku jika aku tidak terperangkap di bawah runtuhan selama 27 jam sebelum para penyelamat akhirnya menjumpaiku? Aku mungkin akan bersyukur, tetapi aku mungkin tidak akan merenung lebih dalam akan kehidupanku. Aku akan mengira bahawa keselamatanku adalah disebabkan aku pantas berfikir atau pantas bergerak atau semata-mata bernasib baik.  Aku akan meneruskan hidupku dengan menjauh diri daripada Tuhan sepertimana aku telah lakukan sejak kehilangan ibuku kepada barah kanser pada 1999.Sebaliknya, aku terbaring di dalam kegelapan selepas bangunan itu runtuh, sambil merenungkan semula hidupku. Akhirnya aku melakukan apa yang ibuku akan melakukan. Aku berdoa. Ya, sebenarnya lebih seperti merayu, menjerit, berjanji, dan meminta untuk sesuatu mukjizat sehinggalah aku menjangkau tanganku melalui beberapa inci bahan runtuhan di atas kepalaku dan merasakan tangan seseorang yang nyaman menggenggam tanganku. Kemudian aku mendengar suatu suara lelaki mengatakan lima perkataan yang paling manis kudengar: “Aku dah mendapatkan engkau, Genelle.”

Aku berpegang kepada suaranya yang menyakinkan dan tangannya yang kuat. “Namaku Paul,” katanya. Kau akan ok. Mereka akan datang mengeluarkan engkau sekejap lagi.” Kesakitan di kaki kiriku, denyutan di kepalaku reda sambil aku berpegang tangannya sambil mendengarkannya. “Jangan risau, aku dah mendapatkan engkau,” kata Paul. “Mereka dah hampir ke sini. Bertahanlah.”
Akhirnya aku melihat sekerlipan cahaya dan mendengar suara-suara lain dan bunyi semboyan yang jauh. Dua sukarelawan dari Massachusetts, Brian Buchanan dan Rick Cushman, menjumpaiku dengan bantuan seorang pegawai polis dari Kanada bernama James Symington dan anjing pencari dan penyelamatnya Trakr.
“Mereka dah sampai,” kata Paul. “Kau dalam jagaan yang baik sekarang. Aku akan pergi dan membiarkan mereka lakukan tugas mereka dan mengeluarkan engkau.”
Aku tidak pernah rasa dia melepaskan tanganku, tetapi tidak lama kemudian aku sedang memegang  tangan orang lain – seorang ahli bomba – dan bercakap dengan para penyelamatku sementara mereka dengan susah-payah mengalihkan keluli yang bengkok dan ketulan besar konkrit dari kelilingku dan mengangkat aku keluar. Beratus orang penolong mengangkatku dari seorang ke seorang menuruni timbunan runtuhan itu sampailah ke kereta ambulans. Aku mendengar mereka bersorak, dan aku terus menerusi mengulangi nama Paul pada diriku supaya aku tidak akan lupa. Aku mahu pastikan bahawa aku sempat berterima kasih kepadanya. Ada tiga hal yang aku janjikan kepada Tuhan untuk kulakukan sebaik sahaja aku keluar dari hospital: memberi diri dibaptis, mengahwini teman lelakiku Roger dan mencari Paul.

Genelle & Roger
Pada 7 November, selepas enam minggu di hospital, selepas empat pembedahan dan berjam-jam terapi dan pemulihan jasmani, aku telah menunaikan dua janjiku yang pertama. Aku dan Roger berkahwin di City Hall di Manhattan pada pagi itu juga dan aku dibaptiskan pada sebelah malam di The Brooklyn Tabernacle.

Paul pula? Aku tidak pernah menjumpainya. Walaupun wartawan CNN telah menyatukan aku dengan para penyelamatku yang lain, siapa sebenar peribadi Paul itu masih menjadi misteri. Dia bukanlah ahli bomba yang telah memegang tanganku. Itu terjadi kemudian apabila aku mendengar semboyan dan orang mula menggali untuk mengeluarkanku. Tidak kuketahui bagaimana Paul mengenali namaku sebelumpun aku mengucapkan sepatah kata. Siapakah dia?
Aku bercakap dengan kawan-kawan mengenai hal ini. Aku memanggil pastorku dan menanya dia. Kami berbual tentang Paul (yang diceritakan di Alkitab) yang hidup sepenuhnya dalam kegelapan, sepertiku, dan melawan Tuhan sehinggalah cahaya menyinarinya. Kemudian kami bercakap tentang Paul yang ada di tengah runtuhan.
           “Genelle,” pastorku kata, “Paul tidak wujud secara darah daging. Engkau memohon mukjizat dan mungkin Tuhan telah mengutuskan malaikat-Nya kepadamu.”
Sekarang anda boleh mengerti mengapa aku merayakan dan meratapi setiap 11 September. Aku meratapi kematian begitu banyak nyawa, kawan-kawan dari tempat kerjaku, juga orang-orang yang menuruni tangga bersamaku tetapi tidak sempat menyelamatkan diri. Pada waktu yang sama, aku juga punya banyak sebab untuk  bersyukur. Penyelamatanku – yang masih memenuhiku dengan rasa kagum. Kesihatanku – aku berjalan dengan sedikit tempang yang tidak ketara kepada kebanyakan orang. Keluargaku – Aku dan Roger dan keempat anak-anak kami menikmati hidup yang bahagia. Dan terutama sekali, aku merayakan perhubunganku dengan Tuhan.
Orang boleh membahaskan samada Paul seorang malaikat  atau samada ianya hanya suatu kebetulan bahawa aku diselamatkan. Begitupun, aku sendiri tahu tangan yang kuat yang menggenggam tanganku semasa aku ditimbun hidup-hidup, suara yang menyakinkan yang kudengar apabila aku memanggil pertolongan. Seorang Peribadi telah memanggilku dengan namaku dan hidupku tidak sama lagi.

Genelle menuliskan kisahnya dalam buku "Angel in the Rubble"


Sumber: http://domba2domba.blogspot.com/2011/09/kesaksian-genelle-guzman-malaikat-di.html

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel majalah Guideposts berjudul "Angel at Ground Zero")