Friday, November 26, 2010

Konferensi PMM SIB Sabah ke 31


Konferensi PMM Sabah ada sejarahnya tersendiri bagi saya. Waktu dalam era remaja dan youth, saya selalu mencari peluang mengikuti acara ini. Paling bersejarah bagi saya ialah Konferensi PMM SIB Sabah yang ke-4 yang diadakan di gereja SIS Tuaran. Waktu itu hanya sekitar 200 orang yang menghadiri konferensi tersebut. Kereta yang hantar peserta pun hanya terdiri dari kereta pickup dan itu pun hanya beberapa buah sahaja. Saya katakan bersejarah kerana masa itulah saya telah mengambil keputusan untuk menyerahkan hidup saya melayani Tuhan sepenuh masa sampai sekarang.

Konferensi PMM SIB Sabah tahun ini sudah jauh berbeza dalam banyak aspek. Program yang dilaksanakan di dewan KDCA (22-25 Disember 2010) memang luar biasa. Saya sempat menghadiri dua kali sesi malam. Dewan KDCA tidak dapat menampung kehadiran peserta khasnya waktu malam. Sayang sekali, masih banyak orang yang berada di luar dan tidak dapat berpartisipasi dalam Praise and worship. Paling sayang lagi ialah tidak dapat mendengar Firman Allah yang disampaikan. Pihak penganjur tidak sempat memasang TV atau LCD di bahagian pintu luar KDCA. (Mungkin perlu lesen khas). Saya sendiri di hari terakhir hanya berdiri mendengar khutbah bersama puluhan orang yang juga berdiri di antara laluan keluar dewan KDCA. Suasana kebaktian juga sangat meriah. Cara penyampaian pengajaran juga kreatif dan menarik khasnya untuk orang muda. Parking kereta juga tidak dapat menampung kenderaan orang yang datang. Saya sendiri meletakkan kereta agak jauh dari kawsan KDCA. Kemajuan ini sangat baik.

Yang menjadi pertanyan saya ialah, sejauh mana generasi muda ini menangkap pengajaran yang telah disampaikan. Sukar untuk mengukurnya tetapi kita yakin Roh Kudus punya cara tersendiri untuk membuat benih Firman Tuhan itu bertumbuh dalam hati mereka. Saya sendiri sangat menghargai konferensi seperti ini. Saya dilahirkan dalam keluarga Kristian, tetapi saya tidak medapat bimbingan pemuridan yang sistematik dari mana-mana pihak sebelum saya join Campus Crusade for Christ. Program Khemah Alkitab (program PMM yang dikendalikan diperingkat daerah/kawasan dahulu) banyak membantu pertumbuhan kerohanian saya. Dua sesi yang saya hadiri dalam konferensi PMM SIB Sabah ke 31 tahun ini telah memberkati saya meskipun konferensi ini dikhaskan untuk generasi muda. Pasti Tahun depan lebih hebat lagi.

No comments: