Sunday, May 22, 2011

Benarkah Institusi Perkahwinan akan mati?

Adakah Perkahwinan akan menjadi “Institusi yang akan mati”
(Nota: Tulisan Asal oleh Dave Boehi “Is Marriage a "Dying Institution"?. Versi BM hasil terjemahan saya. Mana-mana yang tidak jelas tulisan asal adalah dirujuk)

Sekali lagi, Cameron Diaz  menjadi tajuk-tajuk utama akbar berikutan dengan komen-komennya tentang perkahwinan. Pelakon berumur 38 tahun itu tinggal bersama teman lelakinya tetapi tidak pernah dikahwinkan. Baru-baru ini dia memberitahu satu majalah,

“Perkahwinan tidak penting kepada saya. Jika saya cuba mengikat diri pada sesuatu, saya akan kehilangan semua kemungkinan yang dapat saya lakukan.”

Bila ditanya oleh seorang lagi penemuduaga samada dia percaya bahawa perkahwinan merupakan suatu institusi yang akan mati, dia menjawab,
  
“Saya yakin. Saya rasa kita perlu membuat peraturan-peraturan kita sendiri. Saya tidak rasa kita perlu diikat  dalam perhubungan yang berpandu pada tradisi-tradisi lapuk yang tidak lagi sesuai dalam dunia kita hari ini.”

Jika anda buat satu carian Google pada perkataan “Cameron Diaz” dan “perkahwinan” maka anda akan menemui komen-komen serupa. “Saya rasa orang akan menjadi gila kerana berkahwin dan menghabiskan 20 atau 30 tahun tidur dengan orang serupa,” katanya tahun lepas. Dia menasihatkan supaya “Tinggallah bersama seseorang selama lima tahun kemudian ganti dengan orang yang lain untuk lima tahun seterusnya  Hidup ini lama dan dengan nasib baik, ya.. cinta mungkin tahan selama-lamanya, tetapi anda tidak perlu tinggal dengan orang, yang anda cinta selama-lamanya.”

Komen-komen seperti ini yang datang dari seorang pelakon popular biasanya menarik perhatian, tetapi untuk adil Diaz hanya mengungkapkan suatu kepercayaan umum  yang ketara ramai orang di Amerika. Negara Amerika mempunyai kadar tertinggi perceraian di dunia Barat; Jumlah yang bertambah di mana orang-orang dewasa bujang memilih untuk tinggal bersama tanpa berkahwin, yang menyebabkan lebih banyak anak dilahirkan di luar perkahwinan. Banyak yang membuat kesimpulan bahawa perkahwinan bukan sahaja hancur, tetapi tidak lagi diperlukan.

Dr. Keith Ablow, seorang ahli psikiatri, pengarang , dan komentator untuk Fox News, menulis satu artikel minggu lepas yang sifatnya provokatif di mana dia mengatakan, “Cameron Diaz adalah benar— 4 Alasan mengapa Perkahwinan ialah satu Institusi Mati.” Ablow nampaknya terlalu dipengaruhi oleh pengalamannya dengan pesakit-pesakitnya:

Jadi, saya tidak yakin samada semua orang yang telah mencuba perkahwinan adalah sesuai dengannya. Daripada apa yang saya dengar di pejabat psikiatri saya, dan daripada pakar psikiatri yang lain dan juga ahli-ahli psikologi lain , dan daripada rakan-rakan dan saudara-mara yang memberitahu saya dan ditunjukkan melalui tingkah laku mereka, dan daripada fakta bahawa kebanyakan perkahwinan berakhir dengan perceraian atau kepahitan, maka saya menyimpulkan bahawa perkahwinan merupakan (seperti yang berlaku sejak dekad ini) suatu sumber penderitaan sebenar oleh kebanyakan orang-orang yang berkahwin.

Huh, satu tuduhan serius yang  agak umum  Perkahwinan ialah satu sumber “penderitaan sebenar” untuk “kebanyakan” pasangan-pasangan?

Saya meragui contoh-contoh yang Ablow rujuk mengenai perkahwinan hari ini. Seperti komen seorang pastor, “Doktor yang bagus benar-benar perlu kerap keluar dari pejabatnya! Waktu di luar sana, dia perlu bergaul dengan orang lebih normal, kerana nampaknya dia tidak begitu faham tentang perkahwinan.

Nampaknya Dr. Ablow berpendapat bahawa kebanyakan orang normal percaya seperti yang dikatakan oleh pelanggan-pelanggannya, doktor-doktor yang lain, rakan-rakan, saudara-mara dan bahkan seperti dia sendiri. Bagaimana lagi menjelaskan pengertiannya yang bersifat menghakimi itu, katanya:

'Terlalu sedikit orang normal yang tinggal bersama bagi tempoh yang cukup lama dan mahu teruskan melakukannya.'

Dalam artikelnya Ablow mengatakan bahawa perkahwinan tidak bermanfaat untuk perhubungan manusia. Dia menyimpulkan: 
Ia hanya menunggu masa. Perkahwinan akan beransur hilang. Kita  seharusnya memikirkan alternative mengenai apa yang boleh menggantikannya. Kita sepatutnya mencari sesuatu cara yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan kita dan yang anak-anak kita.

Oleh itu, saya rasa tidak susah untuk anda meneka apa yang saya fikir mengenai hal ini. Meskipun perkahwinan menghadapi beberapa cabaran besar hari ini, tetapi saya tidak fikir ia satu institusi yang akan mati dan ketinggalan zaman. Saya memang tidak bersetuju supaya kita menggantikan perkahwinan dengan sesuatu yang lain. Saya diyakin bahawa  keruntuhan perkahwinan masa kini merupakan satu tren yang merosakkan—bukan sahaja untuk individu-individu, tetapi juga untuk negara dan budaya kita.

Pada asalnya saya menghantar pemikiran ini sebagai bahagian daripada FamilyLife Memo e-newsletter , di mana saya meminta pembaca-pembaca menghantar komen-komen mereka kepada saya. Apakah komen mereka terhadap keadaan perkahwinan dalam budaya kita hari ini. Adakah mereka fikir ia satu "institusi yang akan mati"? Saya dikejutkan oleh reaksi segera dari pembaca--kami menerima lebih 200 e-mel dan lebih daripada 40 komen dalam talian dalam tempoh tiga hari pertama.

Terdapat pendapat-pendapat berbeza tentang soalan samada perkahwinan akan mati, tetapi satu perkara jelas dan kuat pada setiap mesej ialah: Anda sedang dibingungkan oleh kumpulan orang yang tidak menghargai perkahwinan dan tidak tahu bagaimana untuk membina satu hubungan berkekalan. Berikut ini ialah  beberapa komen-komen anda:

“Ia benar-benar menyakitkan untuk mendengar pasangan-pasangan (malahan mereka adalah rakan-rakan kita) yang memang mengaku kalah pada kegagalan perkahwinan mereka kerana tidak mahu bekerja keras untuk mengekalkannya.”
“Kita secara progresif lebih pentingkan diri sendiri, dan perkahwinan memang sebuah institusi yang tidak sesuai dengan sikap pentingkan diri sendiri.”

“Isteri saya dan saya baru sahaja meraikan ulang tahun ke-25 kami pada musim sejuk yang lepas dan kami dapat melihat abang-abang saya dan isteri mereka dan pasangan-pasangan lain yang masih hidup bersama pasangan pertama mereka. Ini termasuk banyak rakan-rakan gereja. … Isteri saya dan saya mempunyai empat adik-beradik lain yang telah merayakan ulang tahun perkahwinan sejumlah sepuluh kali.”

Suatu yang menarik melihat ramai pembaca-pembaca bermain dengan tema “institusi yang akan mati”:

“Perkahwinan bukan satu institusi yang akan mati, tetapi yang mati ialah Komitmen.”
“Apa yang mati ialah kemahiran mengekalkan satu perhubungan jangka panjang. Ia menutut usaha sebenar. Dan ramai orang memang tidak berusaha, atau mereka tidak tahu bagaimana caranya.”

“Perkahwinan bukan satu institusi yang akan mati, tetapi moral yang mati. Kita  telah menurunkan nilai hubungan, kesetiaan dan komitmen dalam masyarakat kita dan memilih hanya apa kita rasa baik. Hidup adalah berkenaan perjuangan dan kesakitan, kadang-kadang kegembiraan dan hiburan dicampurkan ke dalamnya. Bila kesakitan dialami terdapat salah konsep yang merasakan bahawa tiba masanya untuk menamatkan komitmen.. … Manakala perkahwinan ibubapa, datuk dan nenek mempunyai banyak masalah-masalah mereka sendiri, namun keluarga-keluarga boleh mengharapkan kestabilan dan kesetiaan yang datang dari perhubungan mereka. … tentu sahaja tidak sempurna dan tidak sentiasa berfungsi tetapi jamian untuk bersama sentiasa ada di sana.”

Dan beberapa orang  memberi satu peringatan yang baik: Bagaimana boleh ketinggalan zaman sesuatu yang dicipta oleh Tuhan?

Seorang pembaca menulis, “Tuhan ialah pereka bentuk perkahwinan, ia merupakan pantulan cinta Anak terhadap pengantin perempuanNya ia itu  gereja; ia adalah untuk memuliakan Tuhan. Akhirnya saya berpendapat hanya Tuhan sahaja yang akan menentukan samada perkahwinan akan hidup atau mati.”

No comments: