Monday, May 23, 2011

Besama-sama Menabur dan Menuai di Ladang Tuhan


Teks: Yohanes 4:35-37

Pendahuluan:

a. Shalom! Salam sejahtera..Selamat Pesta menuai kpd semua jemaat yang hadir pada pagi ini


b. Bulan Mei ini seluruh Sabah sedang merayakan pesta menuai. Dalam Kerajaan Allah, sekarang adalah masa menuai..bukan menuai padi tetapi menuai jiwa2 yang sudah masak. Sebagai gereja..bagaimana kita terlibat dalam usaha menuai ini.

Kita akan melihat 7 kunci penuaian yang berhasil.

Pesan:

1.BENIH
Kunci pertama ialah benih.Tanpa benih tidak ada penuaian. Firman Allah adalah benih yang mesti ditanam dalam hati manusia. Benih kecil boleh menjadi pokok yang sangat besar. Benih ini sangat berkuasa mencipta transformasi dalam hidup seseorang.
2.MUSIM
Kunci kedua untuk penuaian ialah musim. Penuaian dapat dilakukan pada musim menuai di mana tuaian sudah siap untuk dituai. Jika tuaian yang sudah masak tidak dituai maka padi akan rosak. Dalam Kerajaan Allah, sekarang inilah masa penuaian. Jika kita tidak menuai masa ini, maka tuaian ini akan hilang


3.PENUAI-PENUAI

Kunci ketiga adalah penuai-penuai. Pada masa menuai yang diperlukan ialah banyak penuai-penuai. Tidak ada yang boleh malas-malas semasa menuai. Dalam Kerajaan Allah, waktunya sudah tiba bagi setiap orang Kristian mesti aktif dalam pelayanan Tuhan. Setiap anggota tubuh Kristus mesti bersatu menuai jiwa dan dibawa kepada Tuhan dan menjadi anggota gereja yang bertumbuh.

4.TANAH


Kunci keempat adalah tanah. Benih yang ditabur ditepi jalan, di tanah yang berbatu-batu dan di tanah yang berduri, tidak akan menghasilkan buah. Hanya benih yang ditanam di dalam tanah yang baik menghasilkan buah yang belipatganda. Oleh itu penting bagi gereja mempersiapkan tanah dengan doa sebelum menanam. Hati orang akan disiapkan untuk menerima benih Firman Tuhan.


5.PENGORBANAN/SACRIFICE

Kunci ke lima adalah kesediaan untuk berkorban. Umat Tuhan mesti bersedia mengorbankan waktu, dan tenaga, dan bakat, dan wang, dan keinginan, dan keselesaannya demi membawa hasil tuaian. Selagi umat Tuhan tidak rela berkorban, kita tidak dapat membawa hasil tuaian masuk dalam Kerajaan Allah dan secara khusus ke gereja.

6.HUJAN

Kunci keenam untuk penuaian adalah Hujan. Hujan sangat diperlukan oleh setiap tumbuh-tumbuhan. Dalam Alkitab, hujan sering merujuk kepada pencurahan kuasa oleh Roh Kudus. Setiap usaha pelayanan kita mesti disertai dengan pekerjaan Roh Kudus. Tanpa Roh Allah, semua usaha kita akan menjadi sia-sia.

7.HARAPAN YANG PASTI

Kunci ketujuh penuaian adalah Harapan yang Pasti. Kita boleh yakin dan dapat mengharapkan hasil. Setiap usaha kita pasti diberkati oleh Tuhan dan pekerjaan menuai jiwa pasti akan membawa hasil. Jika kita hilang keyakinan ini, maka kita ragu-ragu melakukannya. Marilah kita menuai dengan iman. Tuhan pasti menghormati pengorbanan kita dan memberi kita jiwa-jiwa yang diselamatkan. Seperti yang terjadi dalam KPR 2:44-47

44  Dan semua orang yang telah menjadi percaya tetap bersatu, dan segala kepunyaan mereka adalah kepunyaan bersama,
45  dan selalu ada dari mereka yang menjual harta miliknya, lalu membagi-bagikannya kepada semua orang sesuai dengan keperluan masing-masing.
46  Dengan bertekun dan dengan sehati mereka berkumpul tiap-tiap hari dalam Bait Allah. Mereka memecahkan roti di rumah masing-masing secara bergilir dan makan bersama-sama dengan gembira dan dengan tulus hati,
47  sambil memuji Allah. Dan mereka disukai semua orang. Dan tiap-tiap hari Tuhan menambah jumlah mereka dengan orang yang diselamatkan.

Tindakan:

1. Kita telah belajar 7 kunci menuai yg berhasil: Benih – Musim -Penuai2 – Tanah – Pengorbanan – Hujan – Harapan yg Pasti

2. Sempena kebaktian pesta Menuai ini..marilah kita hidupkan lagi semangat gotong royong secara rohani..bersama-sama menuai di ladang Tuhan. Pasti ada orang disekitar anda yang sudah matang untuk dituai.

Kesakian: Tuhan telah buka jalan bagi saya untuk menuai jiwa (memberitakan Injil) di salah satu Bandar di Sabah ini. Dalam sikap doa saya masuk di sebuah kedai. Tidak ada pelanggan masa itu. Saya bertanya kepada seorang pemuda (pekerja kedai) yang sedang berdiri.


Saya: “Pernahkah saudara melihat buku kecil ini?” (buku kecil 4 Hukum Rohani)
Pemuda:  “Belum”
Saya: “Bolehkah saya membacakan buku ini kepada saudara?”
Pemuda: “Boleh”

Saya bersyukur sekali kerana hari itu pemuda itu membuka hatinya untuk menerima Tuhan Yesus menjadi Tuhan dan penyelamatnya. 


Kata-katanya yang tidak pernah saya lupa sampai sekarang. “Saya sudah lama menunggu peluang ini..baru hari ini saya mendegar berita tentang Yesus Kristus” 


Kadang-kadang kita tidak terasa samada orang itu sudah siap dan bersedia mendengar. Yesus berkata, ladang sudah menguning, dan siap untuk dituai. Maksudnya sudah ada jiwa-jiwa yang siap mendengar Injil. 


Marilah kita memberanikan diri untuk memberitakan Injil. Selamat Pesta menuai dan Selamat menuai jiwa juga.  

3. Berdoa..

No comments: