Wednesday, May 25, 2011

Hari ini..

Aku ke library lagi pagi ini. Tadi di gaya Street sempat sarapan pagi bersama Ps Kusam dan Pta Jason. Tuhan memberkati Pta Jason yang bermurah hati membayar kos sarapan. Ps James dan isteri juga ada bersama. Restoran itu penuh dengan pelanggan..tapi saya suka makanan di situ..selain sedap...lebih murah berbanding tempat lain.

Saat ini aku di library STS..penulisan thesisku masih menuntut banyak waktu. Secara kuliah sebenarnya kami sedang cuti. Pertengahan bulan Jun baru kuliah buka. Tapi selagi thesis belum siap..waktu ku tidak mengenal cuti. Itulah sebab aku ada di library lagi pagi ini. 

Tumpuanku pagi ini ialah menyelesaikan sesi pelajaran yang juga bahagian daripada isi thesisku. Sesi #1: Membongkar Potensi Kepimpinan Rohani 1. Sesi #2: Membongkar Potensi Kepimpinan Rohani 2. Sesi #1 sudah selesai tapi perlu diterjemahkan lagi dalam BM. Semoga Tuhan memberikan aku hikmat dan disiplin yang tinggi untuk menyelesaikan tugasan ini.

Hari ini jadualku ialah:
Hingga tengah hari aku di library STS
12.30pm saya akan bertemu dengan adik saya untuk ambil satu benda penting. Alat penapis air.
Selepas itu aku ke Pejabat Campus Crusade for Christ hingga 4.30pm ..sambung tugas penulisan lagi
4.30pm saya akan ambil anak saya Jochebed dari sekolahnya ..All Saints.
Harap petang ni dapat joging..malam sambung tugasan lagi sebelum tidur..huh..satu hari selesai..

No comments: